put n paste it

Sunday 21 October 2012

langkah awal TRW( de red worriors)

taniah diucapakn buat Kelantan kerana menang perlawanan semalam.. wahh..saya tumpang gembira dengan kejayaan anda.. :D untuk ATM jangan berduka dan kecewa tahun depan masih ada peluang.. apa yang ingin dikongsikan pada hari ini adalah langkah awal Sofiea and the geng dalam permainan futsal. ternyata hajatnya untuk bermain futsal akhirnya dimakbulkan. mungkin kali ini bakatnya akan dicungkil bersama teamnya itu..
TRW(the red warriors) adalah teamnya yang dibaru dicipta olehnya dan yang lain disamping dibantu oleh cikgu Faizura.. kebetulan pula kejayaan TRW(kelantan) yang membanggakan.mungkin itu hanya kejayaan biasa kerana hanya dua team yang berlawan. apa yang berlaku,sofiea sedikit gementar apabila melihat pasukan lawannya itu. cuba dikawalkan perasaannya itu tetapi dirinya gagal untuk mengawal.
PEAH GeNg adalah pencabar utama sofiea dan lain kerana sikap mereka yang kasar dan....! berbanding team sofiea mereka bermain dengan tujuan yang penting kerana mereka telah diasah melalui kelab futsal sekolah. 30 minit masa diberikan (15 minit-15 minit) untuk menjaringkan gol. strategi dan semangat kerjasama antara mereka amat tinggi "belasah semua pemain jangan biar satupun terlepas"itu ucapan sofiea kepada teamnya..masih juga tertanya-tanya apakah yang menyebabkan sofiea bertindak sebegitu..
masuk masa pertama bermain..sofiea sedikit tertekan dengan pihak lawan apabila mereka cuba bermain kasar. tapi jangan disangka air yang tenang tiada buaya apabila jaringan pertama dri TRW berjaya menutup mulut PEAH gENg..jaringan kedua selepas beberapa minit kemudian jaringan kedua dari TRW mampu memberi tekanan kepada mereka lagi. selepas minit kedua bersambung,permainan agak tengang apabila kedua-dua pihak mula bergaduh. namun sekali lagi TRW berjaya menutup mulut PeAh GeNg dengan jaringan seterusnya pada permulaan permainan..5 minit sebelum masa tamat.. jaringan penutup bagi TRW memecah kebuntuan bagi pihak PeAh GenG yang gagal menjaringkan sebarang gol. kemengan tersebut terus menaikkan semangat TRW yang baru bermula sebagai pemain futsal..

jaringan pertama = nurain nabilah (aen)
jaringan kedua = fatin munirah
jaringan ketiga = nuhaa sofiea
jaringan keempat = fatin munirah

semoga mereka mampu untuk mara kehadapan..